07 Mei 2011

Malaysia bukanlah negara sekular yg sering dikatakan oleh pembangkang....



SERING kali ramai menyalahkan Islam apabila berlaku sesuatu perkara tidak baik. Mereka mengatakan Islam menindas dan menghalang pembangunan. Malah, ada juga mengatakan jika mengamalkan Islam, kita tidak akan maju, tidak berakhlak dan sebagainya.Mereka ini sebenarnya gagal melihat keindahan Islam kerana tidak mengamalkan agama Islam sebagai tata kehidupan.

Sebagai sebuah tatacara yang mengawal kehidupan seharian, Islam menggariskan panduan lengkap, sistematik dan tersusun supaya kehidupan manusia tidak tersasar daripada matlamat mencari keredaan Allah serta ibadah kepada Pencipta.Islam menekankan pembangunan modal insan berasaskan kepada ciri pembinaan sahsiah dan keperibadian Muslim. Ini kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah dan khalifah yang diberi kelebihan serta kekuatan ilmu.

Keunggulan keperibadian manusia hendaklah disulami dengan akhlak mulia, ilmu pengetahuan berpaksikan kepada keesaan Allah dan ketakwaan kepada-Nya. Inilah sebabnya Islam mengambil berat peranan moral atau akhlak dalam pembentukan sahsiah diri.Namun, apa yang menyedihkan sekarang ini, kita melihat umat Islam tidak menjadi contoh kepada orang lain. Umat Islam tidak memiliki akhlak mulia atau menjadi idola kepada orang lain. Lebih dahsyat lagi, umat Islam ketinggalan dalam kebanyakan bidang kerana meninggalkan agama dalam kehidupan mereka.

Apa saja yang dinasabkan kepada Islam dikatakan mundur, ketinggalan zaman dan tidak sesuai. Mereka mencemuh akhlak Islamiah sebaliknya mendewa-dewakan apa saja yang dibawa dari Barat.Semua perkara dilihat hanya daripada lensa Barat, mengetepikan panduan dan syariat yang digariskan oleh Islam.Keperibadian Muslim yang unggul mengikut Hassan Al-Banna, hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai 10 ciri yang jitu lagi mantap. Semua ciri itu saling lengkap melengkapi bagi menonjolkan kecemerlangan sahsiah Islam.

Antara ciri itu ialah akidah yang bersih, ciri amat penting kerana ia menjadi teras kepada pembangunan modal insan sebenar. Dengan adanya aqidah yang mantap, sudah pasti umat Islam tidak akan tergelincir daripada landasan syariat Islam.Ia juga adalah piawaian ke arah penyerahan diri seperti diikrarkan dalam solat. Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semuanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Ibadat yang betul akan menjurus kepada keikhlasan dan pembentukan peribadi mulia.Ini menunjukkan sesuatu ibadat itu mestilah berpandukan sumber yang betul iaitu al-Quran dan sunnah serta sumber lain yang diterima ulama.Ibadat dilakukan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk tetapi adalah manifestasi pengabdian diri kepada Maha Pencipta.

Akhlak mulia juga adalah elemen penting pembentukan sahsiah diri. Perilaku itu harus dimiliki setiap Muslim kerana akhlak mulia bukan saja akan menjaga hubungan antara makhluk tetapi juga hubungan antara makhluk dan Penciptanya.Di samping itu, kekuatan jasmani tidak boleh dikesampingkan. Daya tahan yang kuat sehingga dapat melaksanakan tuntutan agama, diberi perhatian dalam Islam. Islam tidak pernah mengasingkan kekuatan fizikal dalam mencari keredaan Allah.

Ini jelas dilihat kerana beberapa amalan dalam Islam memerlukan kekuatan fizikal yang mantap seperti solat, puasa dan haji. Kekuatan jasmani juga menjadi benteng pencegahan kepada pelbagai penyakit.Kekuatan jasmani akan menjamin kecerdasan berfikir. Kecerdasan berfikir akan membawa kepada intelektualisme. Seorang intelek adalah aset kepada masyarakat. Oleh demikian, seorang Muslim perlu memiliki wawasan luas dan kemampuan inteleknya tidak harus diragui oleh orang lain.

Tekad untuk berjuang melawan hawa nafsu juga suatu kelebihan bagi membentuk peribadi Muslim. Oleh kerana setiap manusia memiliki kecenderungan kepada sesuatu yang baik dan buruk, perlu ada semangat untuk melawan hawa nafsu yang buruk. Kesungguhan melawan hawa nafsu perlu disemai dalam diri umat Islam kerana ia akan berupaya melawan pelbagai maksiat dan kemungkaran.

Pandai menjaga waktu adalah faktor penting bagi manusia khususnya kepada orang Islam. Umpamanya Islam mengajar perancangan waktu seperti solat pada awal waktu. Solat pada awal waktu perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian sebagai pengurusan masa yang tepat. Setiap tindakan perlu dirancang mengikut waktu yang sesuai.Kemahiran menjaga waktu akan menghasilkan disiplin dalam urusan. Ciri itu memerlukan profesionalisme, kesungguhan, semangat dan pengorbanan untuk menjadikan sesuatu perkara itu dapat dijayakan dengan cemerlang.

Kejituan diri mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya hanya boleh dilakukan jika kita memiliki kemampuan dan kekuasaan dari segi pengetahuan serta ekonomi dan. Ciri itu akan menghakis sikap mementingkan diri sendiri dan sentiasa prihatin kepada orang lain.

Seseorang Muslim perlulah berusaha menjadikan dirinya bermanfaat kepada orang lain. Jika beliau tidak memegang jawatan tinggi, sekurang-kurangnya kita boleh bermanfaat kepada ahli keluarga dan sahabat handai.Semua ciri yang digariskan Hassan Al-Banna bagi membangunkan modal insan. Walaupun ia diberikan nama baru, namun ulama terdahulu sudah membincangkannya dengan panjang lebar seperti olahan yang dibuat oleh Hassan Al-Banna.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), pembangunan modal insan amat dititikberatkan oleh kerajaan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menggariskan lapan teras Dasar Pembangunan Modal Insan.Dasar itu merangkumi penambahbaikan sistem penyampaian pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat. Pembangunan kemahiran keusahawanan juga diberi penekanan dalam rancangan berkenaan.

Jika formula pembangunan modal insan itu digarap dengan mengambil kira ciri yang sudah ditentukan oleh Hassan Al-Banna, sudah pasti negara akan mencapai kecemerlangan kerana adunan itu akan menghasilkan natijah positif di mana insan yang dibangunkan menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.Justeru, lahirlah manusia yang mengejar kebaikan di dunia dan tidak sekali-kali mengabaikan persediaan mereka di akhirat kelak. Penghayatan sebenar terhadap syariat Islam amatlah penting bagi membangunkan modal insan di Malaysia.Bagi menjayakan RMK-9, program berterusan berteraskan kepada 10 ciri di atas perlu dibuat supaya Malaysia terus maju di samping tidak mengetepikan aspek kerohanian dan spiritual. Kemajuan dikejar bukan bersifat material semata-mata tetapi juga bersifat spiritual.

BARU-BARU ini beberapa tokoh politik pembangkang dan kerajaan berpolemik mengenai hukum hudud di negara ini. Pengerusi DAP, Karpal Singh, dilaporkan sebagai berkata, pelaksanaan hukum hudud melanggar Perlembagaan Persekutuan. Ia disokong pula Ketua Biro Penerangan dan Komunikasi MCA, Lee Wei Kiat.Polemik itu tercetus kerana kenyataan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berkata orang bukan Islam tidak perlu gentar dengan hukum hudud kerana ia hanya terpakai kepada orang Islam.

Apabila timbul persoalan sebegini biasanya akan timbul pula persoalan sifat Perlembagaan Persekutuan itu sendiri sama ada sekular ataupun Islamik. Namun, kepemimpinan MCA mempertikaikan kesahihan negara Islam ini dengan mengutarakan laporan Suruhanjaya Reid dan keputusan Mahkamah Agong mengatakan Perlembagaan Persekutuan adalah bersifat sekular.
Polemik itu tercetus kerana kenyataan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berkata orang bukan Islam tidak perlu gentar dengan hukum hudud kerana ia hanya terpakai kepada orang Islam.

Polemik ini perlu diselesaikan secara ilmiah, profesional dan berhemah berdasarkan fakta sejarah dan hakikat yang berlaku di negara kita.Walaupun mengikut sejarah, laporan Suruhanjaya Reid ada menyatakan kemasukan fasal Islam adalah agama bagi Persekutuan tidak menjejaskan sifat sekular Perlembagaan. Adakah kita terikat semata-mata kepada hasrat penggubal Perlembagaan itu yang rata-ratanya bukan rakyat Malaysia.

Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra juga berpendirian sedemikian. Malah, penghakiman Tun Salleh Abas dalam kes Che Omar Che Soh mentafsirkan Islam dalam Perkara 3 itu terhad kepada aspek amalan dan rasmi saja. Ruangan ini menjemput pembaca menilai semula kedudukan itu berdasarkan lunas dan kerangka Perlembagaan Persekutuan.Jika diperhalusi,

Perlembagaan Persekutuan sebenarnya memperuntukkan banyak fasal mengenai agama Islam. Umpamanya Perkara 3 menegaskan tanpa keraguan bahawa Islam adalah agama Persekutuan.

Negara sekular seperti Perancis, Turki dan India menyatakan dengan jelas dalam perlembagaan mereka bahawa negara itu negara sekular tanpa merujuk kepada sebarang agama. Ia tidak berlaku dalam Perlembagaan dengan wujudnya Perkara 3 di atas.Jika Perlembagaan adalah sekular, tentu Perkara 3 itu ditiadakan, malah ada banyak fasal lain yang memberi keistimewaan dan kedudukan tinggi agama Islam. Ia mustahil berlaku dalam sebuah negara sekular.Sebuah negara sekular tidak boleh mengeluarkan dana awam bagi perkembangan sesuatu agama kerana ia bertentangan dengan prinsip sekularisme. Namun, di Malaysia, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri memperuntukkan ratusan juta ringgit bagi pengembangan dan kemajuan agama Islam, sama ada untuk pembinaan masjid, peruntukan jabatan berkaitan agama Islam dan banyak lagi.

Tindakan kerajaan selaras dengan peruntukan Perlembagaan yang membenarkan dana awam digunakan bagi pembangunan agama Islam seperti diperuntukkan Perlembagaan dan sekali gus menjadi bukti Islam mendapat tempat istimewa dalam Perlembagaan.Perkara 11(4) Perlembagaan pula memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bagi Wilayah Persekutuan membuat undang-undang mengawal dan menyekat penyebaran agama bukan Islam di kalangan umat Islam.

Adalah mustahil dalam sebuah negara bersifat sekular keistimewaan itu diberikan kepada sesebuah agama. Hal ini dengan sendiri menafikan hujah Perlembagaan adalah perlembagaan sekular.Malah, dengan pindaan Perlembagaan pada 1988 menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa mengganggu keputusan Mahkamah Syariah, sekali gus menaikkan kedudukan agama Islam dan Mahkamah Syariah walaupun ada kalangan masyarakat tidak berpuas hati dengan kedudukan itu. Sekali lagi keistimewaan diberikan kepada agama Islam.

Malah, dalam banyak keadaan lain, agama Islam dirujuk dan diiktiraf. Ia termasuk dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong juga menggunakan format dengan menyebut nama Allah seperti lafaz wallahi wabillahi watallahi.Ia sumpah syarie mengikut lunas undang-undang syariahDengan menggunakan nama Allah, kedua-dua baginda berazam akan mempertahankan agama Islam di negara ini. Dengan mengetepikan Islam, ia sudah tentu akan memecahkan sumpah Yang di- Pertuan Agong mempertahankan Islam.Malah, Perdana Menteri dan kerajaannya juga wajib mempertahankan Islam sejajar dengan sumpah itu. Sebagai seorang ahli politik kanan sudah seharusnya Karpal Singh menerima hakikat ini dan tidak berdolak dalik berselindung di bawah bayangan lampau.

Contoh itu sebahagian contoh membidas hujahan pihak yang mengatakan Malaysia sebuah negara sekular secara menyeluruh. Pelbagai perkara berlaku selepas Perlembagaan dipinda selepas kemerdekaan negara menjurus kepada peninggalan sifat sekularnegara.Adalah jelas Perlembagaan dan negara Malaysia bukan negara sekular dalam erti kata sekular itu sendiri. Negara sekular memisahkan agama daripada perundangan dan pentadbiran. Negara sekular meminggirkan agama dalam mengejar kemajuan.

Namun, Islam beberapa kali disebut dalam Perlembagaan Persekutuan dan diberikan tempat yang tinggi. Beberapa kes diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam beberapa tahun kebelakangan ini mengesahkan kedudukan istimewa Islam dalam negara.Negara sekular tidak memberi keistimewaan langsung kepada sebarang agama dalam menjalankan aktiviti agama mereka. Perkara itu tidak berlaku di Malaysia dan penjelasan di atas sebahagian daripada bukti bahawa Malaysia bukanlah negara sekular.....

Namun, oleh kerana negara ini bukanlah negara sekular tidaklah secara automatik ia menjadi negara teokratik. Malaysia bukan sebuah negara yang mengamalkan undang-undang Islam. Ini dapat dilihat kerana pelbagai undang-undang yang digubal tidak semuanya selari undang-undang Islam.

Walaupun Butiran 1 Senarai 2 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Dewan Undangan Negeri berkuasa mewujudkan dan menghukum kesalahan yang dilakukan penganut agama Islam terhadap perintah agama Islam, tetapi ia dibataskan hanya kepada perkara yang tidak disenaraikan dalam Senarai 1 Jadual yang sama dan takat hukuman pula ditentukan oleh undang-undang Persekutuan.

Kesimpulannya, Malaysia bukanlah sebuah negara sekular, tetapi ia juga tidak mencapai tahap menjadi sebuah negara Islam. Perkara ini tidak harus dibangkitkan lagi semata-mata untuk menagih populariti saja.....Dengan iniAdalah jelas bahawa Perlembagaan dan negara Malaysia bukan negara sekular dalam erti kata sekular itu sendiri. Negara sekular memisahkan agama daripada perundangan dan pentadbiran. Negara sekular meminggirkan agama dalam mengejar kemajuan.

Namun, Islam beberapa kali disebut dalam Perlembagaan Persekutuan dan diberikan tempat yang tinggi. Beberapa kes diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam beberapa tahun kebelakangan ini mengesahkan kedudukan istimewa Islam dalam negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan