08 November 2010

Kisah Nik Aziz Boleh Bercakap Dengan Mungkar Nangkir !!


Dalam artikel sebelum ini, Taming Sari ada menulis mengenai pengalaman Taming Sari bertemu dengan pemandu salah sebuah agensi kerajaan di Machang Kelantan yang mengisahkan perihal kematian ibu saudaranya yang dipolitikkan orang PAS. 

Kisah undi PAS masuk syurga itu tidak habis sekadar itu kerana Taming Sari ada mendengar kisah lain yang lebih panas berkaitan dengan Nik Aziz yang boleh bercakap dengan Mungkar Nangkir (Dia sebenarnya cakap sorang-sorang). Usaha Taming Sari menjejaki saksi yang terlibat akhirnya berjaya apabila Taming Sari bertemu dengan seseorang yang bergelar haji. Selepas berkenalan, Tuan Haji tersebut akhirnya menceritakan pengalamannya kepada Taming Sari:
Kisah ini berlaku kurang 15 tahun dahulu kepada sepupu Tuan Haji itu (perempuan) berkahwin dengan sepupu Nik Aziz (lelaki). Sepupu Tuan Haji biarlah Taming Sari gelarkan Si A, manakala sepupu Nik Aziz itu biarlah Taming Sari gelarkan Nik B. Selang beberapa bulan berumah tangga, akhirnya ditakdirkan Allah si Nik B ini meninggal dunia.
Si A memaklumkan kematian suaminya Nik B kepada semua sanak saudara termasuk Nik Aziz. Tuan Haji tersebut turut dimaklumkan. Selepas jenazah Nik B dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan, sanak saudara masih menanti kehadiran Nik Aziz yang sudah lebih 2 jam tidak hadir. Oleh kerana terlalu lama menunggu, akhirnya salah seorang sanak saudara mengambil keputusan untuk mengebumikan jenazah itu sesegera mungkin. 
Walaubagaimanapun, semasa jenazah itu dibawa turun dari rumah, tiba-tiba Nik Aziz akhirnya muncul. Dia (Nik Aziz) meminta para jemaah yang menjunjung mayat supaya menurunkan mayat tersebut kerana dia mahu melihatnya.
Selepas mayat diturunkan Nik Aziz mengusap mayat tersebut seraya berkata : "Kar..Kir (Mungkar Nangkir) mu jange soal dio, dio dulu maso hidupnyo bersamo ambo, mu lepaska sahajo dio." Terkejut Tuan Haji tersebut apabila mendengar Nik Ajis berkata demikian. 
Selepas Nik Aziz berkata begitu, mayat dijunjung semula untuk dikebumikan. 


Berani sungguh Nik Aziz berkata sedemikian sedangkan dia sendiri belum tentu selamat dari siksaan kubur. Mana mungkin dia mampu memberi syafaat kerana Nabi Sendiri tidak mampu memberi syafaat di alam barzakh selain apabila kita sudah berada di padang Mahsyar nanti.

Nik Aziz yang berkemungkinan malu dengan para jemaah kerana dia sebagai Tok Guru boleh hadir lewat terpaksa berlagak ala wali kononnya usapan pada mayat dan tegurannya kepada Mungkar Nangkir mampu mengelak mayat itu disoal di dalam kubur.

Tuan haji itu berkata, dia sanggup Allah melaknatnya serta menarik pahala hajinya jika dia berkata dusta atas apa yang diceritakannya pada Taming Sari diatas.

Dia amat bersyukur kerana tidak terpedaya dengan ajaran Nik Aziz tetapi dia melahirkan rasa risau jika jemaah sekitar yang mendengar kata-kata Nik Aziz hari tersebut akan terpengaruh dan mempercayai bahawa Nik Aziz mampu memberi syafaat kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Mungkin kerana itulah, ramai sungguh totok PAS hari ini terutama di Kelantan begitu taksub dengan Nik Aziz kerana mereka amat percaya dengan keramat Nik Aziz. Ini kisah yang Taming Sari dengar dan tidak mustahil ada lagi kisah lain yang sengaja dilakonkan Nik Aziz untuk menunjukkan keramatannya. Jelas lagi nyata, Nik Aziz adalah sesat lagi menyesatkan. Mungkin selepas Nik Aziz meninggal, kuburnya pula dikatakan keramat dan inilah yang Tuan Haji ini paling risaukan.

Allah itu maha berkuasa atas sesuatu. Tidak semua bantuan Allah itu datang kerana rasa sayangNya pada hambaNya tetapi ada juga bantuan Allah itu datang sengaja mahu menguji hambaNya dan jika hambaNya riak, maka jatuhlah dia ke lembah kekufuran. MasyaAllah.

Selepas mendengar penjelasan Tuan Haji tersebut, Taming Sari terkedu dan Taming Sari dapat simpulkan disini iaitu diantara sebab utama PAS terus kekal di Kelantan walaupun PAS gagal dalam pemerintahannya, rupanya adalah kerana, taklik orang PAS, taksub dengan PAS dan terpedaya dengan Nik Aziz.

Kalau beginilah cara orang Kelantan berfikir, maka samalah taraf otak mereka dengan pemikiran kera-kera di hutan.

Wallahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan