
BATU PAHAT 7 Nov. – Gaya kepimpinan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng yang didakwa ‘meniru’ dan membawa masuk budaya MCA dan Barisan Nasional (BN) ke dalam parti pembangkang itu ditentang ahli parti tersebut.Ekoran insiden terbaru PKR Johor ini, Anwar terpaksa turun ke JOhor untuk menyelamatkan dari PKR Johor berkecai macai.
Antara yang lantang membidas gaya Jui Meng itu ialah bekas Setiausaha PKR negeri, Saiman Marjuki yang menyatakan tindakan pemimpin itu memalukan kerana menunjukkan seolah-olah PKR tidak mempunyai gaya kepimpinan tersendiri sehingga terpaksa mencedok kaedah yang digunakan parti kerajaan.
Kata Saiman yang merupakan Ketua PKR cabang Sembrong, selain beliau 18 daripada 26 ketua cabang lain turut menentang gaya pimpinan bekas Menteri Kesihatan itu.
“Baru-baru ini Jui Meng mengeluarkan kenyataan di akhbar menyatakan situasi pemilihan jawatan dalam PKR adalah sama seperti MCA dan UMNO.
“Beliau tidak sepatutnya menyentuh tentang MCA kerana ini hanya menunjukkan beliau membawa masuk budaya MCA dan BN ke dalam PKR, seolah-olah kita tidak ada stail kepimpinan sendiri,” katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi.
Saiman berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar yang menyiarkan kenyataan Jui Meng bahawa situasi pemilihan jawatan dalam PKR negeri dilakukan sama seperti yang dilaksanakan dalam MCA dan BN.
Jui Meng dilaporkan berkata, pemilihan jawatan PKR negeri adalah tertakluk kepada hak dan budi bicara beliau sebagai Pengerusi PKR Johor.
Pada sidang akhbar tersebut, kira-kira 20 anggota PKR Johor termasuk lapan ketua cabang membawa kain rentang yang mengandungi perkataan menentang kepimpinan Jui Meng.
Antara ialah ‘Chua Jui Meng diktator, kami anggota PKR menentangnya’, ‘Jui Meng Penghancur Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat Johor’, Cakap Tak Serupa Bikin, Tak Layak Pengerusi Keadilan Johor’.
Baca seterusnya di Utusan Malaysia sini
Di fahamkan 17 Ketua Cabang tentang kepimpinan Chua Jui Meng yang disifatkan kuku besi. Cara Jui Meng meneraju mentadbir PKR JOhor seperti cara kezaliman bintang tiga terhadap rakyat Melayu.
Perkara ini sangat sensitif di Batu Pahat yang pernah mempunyai sejarah pertempuran perkauman antara CIna Bintang Tiga dan puak2 pembebasan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan