
Sambil menyifatkan usaha itu sebagai penting, wakil beberapa Kelab UMNO Luar Negara turut menyamakan proses transformasi itu umpama nadi bagi memacu parti agar ia terus relevan, khususnya di kalangan generasi muda. Presiden Kelab UMNO Canberra, Australia, Amir Hisyam Abdul Rasid, 21, berkata dasar politik baru itu juga penting bagi menangkis persepsi negatif pembangkang.
"Politik lama sudah tidak lagi relevan untuk rakyat sekarang dan UMNO sudah memainkan peranan dengan memperkenalkan satu dasar politik yang baru.
"Itulah yang seharusnya dilakukan bukan saja bagi survival UMNO, tetapi bangsa Melayu itu sendiri. Bagaimanapun, apa yang lebih penting adalah memastikan setiap peringkat parti turut memahami dan menghayati apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan transformasi atau perubahan ini," katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 di sini, hari ini.
Amir Hisyam berkata, hanya menerusi transformasi itu, semua persepsi negatif dicanangkan pembangkang yang menuduh UMNO tidak lagi relevan.
Presiden Kelab UMNO Tokai, Jepun, Abdul Azim Jais, 23, pula menyifatkan perubahan UMNO itu penting berikutan kedudukannya sebagai pemangkin bangsa Melayu agar mampu menjadikan Malaysia negara yang dikenali dunia.
"UMNO bukan saja menjadi penjaga bangsa Melayu tetapi antara teraju utama dalam agama Islam. Jika ingin menjadi lebih relevan UMNO harus berubah dan menjadi sebuah parti yang disegani semua," katanya.
Justeru, Abdul Azim mencadangkan bangsa Melayu mencontohi rakyat Jepun dalam mengubah mentaliti dan cara hidup.
"Orang Jepun mempunyai sifat yang amat mementingkan masa dan sentiasa berdisiplin dalam melakukan apa juga perkara. Kerana itu mereka mampu mencapai satu kemajuan yang tinggi dan menjadi antara negara yang terkenal dengan teknologinya," katanya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan