14 Oktober 2010

Anifah kesal Anwar burukkan negara kepada jiran



Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kesal sikap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup memburukkan negara sendiri semasa diwawancara sebuah stesen televisyen di Indonesia semalam. 

"Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan kalau dia jadi Perdana Menteri, dia boleh selesaikan masalah antara Malaysia dan Indonesia dalam masa dua minggu, kalau saya tidak silaplah...tetapi saya sebenarnya tidak perlu dua minggu untuk selesaikan, kalau saya sanggup gadaikan maruah dan kedaulatan negara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Laporan menyebut bahawa semasa diwawancara stesen televisyen TVOne di republik itu semalam, Anwar berkata bahawa pertikaian Malaysia-Indonesia boleh diselesaikan dalam beberapa minggu sahaja sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri.

Anifah berkata beberapa rakannya di luar negara turut melahirkan rasa terkilan dan tertanya-tanya mengapa seorang warga negara Malaysia yang menggelarkan diri sebagai pemimpin sanggup memburukkan nama negara sendiri di luar hingga diketahui seluruh dunia.

"Saya agak sedih kerana setiap warga negara Malaysia sepatutnya tidak memburukkan negara tercinta. Tetapi disebabkan ada orang tertentu yang burukkan Malaysia, ada orang percaya dengan apa yang diutarakan," katanya.

Mengulas kenyataan kononnya Anwar lebih memahami sistem pemerintah Indonesia kerana mendukung demokrasi berbanding pemerintah di Malaysia, Anifah berkata: "Kalau kita tidak praktikkan demokrasi tidak mungkin beliau (Anwar) jadi Ahli Parlimen dan tidak mungkin kita tewas di lima negeri pada pilihan raya 2008."


beginikah orng yang boleh kita bangga untuk di jadikan ketua Negara?jika begini caranya utk memburukkan Negara sendiri?apa lagi untuk mengadaikan  dan keselamatan Negara sendiri?tidak mustahir jika beliu sanggup melakukannya untuk kepentingan peribadi.orang macam ni sangat bahaya dalam Negara kita yang aman damai iaitu MALAYSIA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan