NAJIB menerima senaskah al-Quran digital sebagai hadiah daripada Presiden Syria, Bashar al-Assad yang disampaikan Ahmad Badr ketika hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Kewangan di Putrajaya, semalam.PUTRAJAYA: Mufti Besar Syria, Dr Ahmad Badr al-Din Hassoun adalah antara tetamu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Kewangan di sini, semalam.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Pada majlis itu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, menerima senaskah al-Quran digital sebagai hadiah daripada Presiden Syria, Bashar al-Assad yang disampaikan Ahmad Badr. Mufti besar itu, yang secara kebetulan berada di ibu negara bagi menghadiri program Perundingan Antarabangsa Mengenai Kepercayaan Beragama, Perkongsian Kebijaksanaan dan Undang-Undang Antarabangsa anjuran International Movement for a Just World (JUST), dalam ucapannya berkata beliau amat kagum dengan pencapaian Malaysia dalam pelbagai bidang.
Tokoh agama itu turut diundang menyampaikan syarahan umum mengenai cabaran semasa yang dihadapi dunia Islam di Institut Kajian Tinggi Islam (IAIS), hari ini.
Katanya, Malaysia menjadi contoh kepada Asia Barat kerana mampu membangun dengan pesat sejak mencapai kemerdekaan di samping berjaya menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum, bangsa dan agama dengan sikap tolak ansur serta menerapkan semangat perpaduan yang tinggi.
“Kami di Asia Barat menganggap Malaysia sebagai contoh negara Islam unggul di rantau ini,” katanya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan