08 Oktober 2010

Kantoi punya pasal! Kih kih kih

Entah apa lah yang PKR takutkan sangat kepada pendedahan yang bakal dibuat oleh Rahimi sampai perlu menggagalkan sidang media beliau. Mesti apa yang nak didedahkan itu sesuatu yang benar, kalau tidak masakan PKR sanggup untuk membuat onar pada hari kejadian.

Sesuatu yang menarik yang ingin penulis sentuh mengenai peristiwa berkenaan ialah apabila PKR khususnya Lateefa Koya, Saiful Izham Ramli dan N Surendran pada 7 Oktober 2010 telah membuat sidang media penafian mengenai apa yang didakwa mereka sebagai pembohongan oleh Rahimi

Bukankah sidang media Rahimi digagalkan oleh gangster PKR sendiri sehari sebelumnya? Dan sehingga artikel ini ditulis, Rahimi belum membuat sebarang sidang media yang baru.

Apa perlu PKR buat penafian ni? Dah tahu awal-awal nampaknya kebenaran yang nak didedahkan Rahimi ya? Sahlah mereka sebenarnya takut akan kebenaran yang nak didedahkan. Kantoi beb!

Kalaulah mereka membuat sidang akhbar berkenaan dengan hanya merujuk laporan Malaysiakini nampak sangat la yang mereka ni semua peguam haprak. Ada ka rujuk kepada sumber kedua, bukan sumber utama. Memalukan profesion guaman la puak-puak PKR ni!

Sepatutnya, mereka menunggu pendedahan sebenar sepenuhnya oleh Rahimi di dalam sidang media yang beliau janjikan. Lepas tu kalau nak nafi apapun buat lah. Baru tak kantoi. Bodohnya la hai!

Harapnya nanti jangan lagi PKR hantar gangster bangang nak ganggu Rahimi ketika sidang media baru beliau kelak. Kalau tak salah, buat apa nak takut?

Ini tidak, bukan setakat rasa pedas sebab makan cili, tapi dah terloncat-loncat lebih dari beruk makyeh weh! Kantoi punya pasal! Kih kih kih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan