27 Oktober 2010


Asalamualaikum.....
Wahai saudara ku semua,semoga kalian semua berada di dalam kesejahteraan dan di rahmati allah hendaknya...
Saudara sekelian....
Adakah saudara semua sayangkan  Negara kita ini?(Malaysia)...
Saya merasa sedih kerana bangsa kita iaitu MELAYU telah lupa  asal usul bangsa kita sehingga sanggup menghancurkan dan menggadaikan maruah bangsa kita sendiri di tanah air kita sendiri dan di mata dunia demi untuk kepentingan diri sendiri....
Kita kian maklum dengan sejarah pejuangan melayu sewaktu dahulu yg di perjuangkan oleh bangsa kita sendiri termasuk nenek moyang kita juga untuk mempertahankan tanah air kita dari di jajah oleh bangsa asing seperti inggeris,belanda,portugis,jepun dan akhir sekali komunis untuk mendapat kemerdekaan Negara kita ini sekarang iaitu MALAYSIA.
Mereka sanggup menggadaikan masa dan nyawa mereka sendiri untuk mempertahankan hak2  bangsa kita dan bumiputera di tanah air kita sendiri demi untuk generasi yang akan datang iaitu kita dan anak cucu kita.
Saya sungguh sedih kerana bangsa kita sekarang sudah tiada darah perjuangan seperti datuk nenek kita ini semua,sebaliknya sanggup berpaling tadah kepada bangsa sendiri demi kepentingan diri sendiri.Saya menyertai UMNO kerana saya bangga kerana dapat menjadi rakyat Malaysia.Saya sayangkan bangsa kita dan kerajaan yang sekian ada sekarang kerana telah member peluang kepada saya untuk menjadi rakyat Malaysia.kerana itu juga lah saya sentiasa menyokong UMNO yang banyak berjasa kepada rakyat dan Negara ini.
Saya yakin kerajaan umno lah yang layak untuk memerintah Negara sampai bila2.Dengan adanya UMNO Malaysia kini menjadi maju,moden,aman dan makmur.
Saudara ku sekelian....Cuba saudara semua bayangkan jika parti pembangkang seperti PAS dan PKR yang memerintah Negara sekarang, cuba saudara semua lihat apa yang berlaku di jajahan pembangkang seperti PULAU PINANG,SELANGOR,KELANTAN?
Semuanya hancur kerana adanya mereka ini yang mengikut telunjuk DAP, sehingga sanggup merosakkan bangsa melayu sendiri, agama dan merosakkan sendiri perlembagaan Negara yang telah termaktub sejak dari dulu lagi. Adakah mereka buta sejarah atau kerana hendak mendapat sokongan DAP?
Apakah pembangkang dapat berikan kesejahteraan kepada kita dan Negara jika mereka bersikap seperti pengganas dengan membuat kecoh dan porak peranda sehingga menjejaskan kesejahteraan dan keamanan Negara?adakah kita sanggup menjadi penumpang dan pengemis di tanah air kita sendiri?renungkan lah wahai saudara ku semua,kerana anda semua adalah yang bijak untuk menilaikannya.
Ayuh saudara ku semua kita bersatu untuk mempertahankan hak2 kita dan keamanan kita dan generasi kita yang akan datang dengan menyokong kerajaan yang sedia ada sekarang iaitu UMNO.Diharap saudara ku sekelian dapat menilaikan pengorbanan kerajaan dalam UMNO kepada kita selama ini.RENUNG DAN NILAIKANLAH....
SEKIAN TERIMA KASIH
DEMI BANGSA, AGAMA DAN NEGARA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan