Kata Mahfuz Omar, kalau Pakatan Rakyat menang dan berjaya menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti, Pakatan Rakyat perlu bimbangkan tentang rampasan kuasa yang bakal dilakukan oleh Barisan Nasional. Apatah lagi menurut sebuah portal, Najib Abdul Razak menyatakan, kalau Barisan Nasional gagal, tiada pihak yang boleh menangl. (FREE MALAYSIA TODAY)
Teruk benar UMNO-BN ni yer kalau berdasarkan kepada ketakutan dan fobia Mahfuz Omar dan rakan sejawatannya, Khalid Samad. Malah desakan mereka agar Najib Abdul Razak menjelaskan apa yang dikatakannya, menunjukkan ketakutan dan kebimbangan mereka terhadap keselamatan rakyat negara ini.
Aneh, semenjak bila pula Mahfuz Omar dan Khalid Samad pentingkan rakyat? Bukankah selama ini apa yang mereka lakukan, merupakan manifestasi daripada kelaparan untuk menduduki kerusi empuk di Putrajaya.
Khalid Samad contohnya, seringkali membangkitkan perkara-perkara yang sensitif seperti penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam dengan alasannya bahawa Islam membenarkannya biarpun kebenaran tersebut berlapik dan berlandaskan kepada Surah Al-Ikhlas.
Tidakkah mereka terfikir kata-kata dan perbuatan mereka sebelum ini mempunyai natijah yang lebih besar berbanding ucapan Najib Abdul Razak? Najib baru sahaja bercakap, mereka sudah lama melakukannya. Najib baru sahaja memberikan bayangan, sedangkan Khalid Samad berterusan dengan sikap gonjengnya untuk mencetuskan kemarahan kelompok rakyat tertentu seperti tragedi kepala lembu di Shah Alam tidak lama dahulu, atau ketika pertemuan dengan penduduk di sebuah dewan yang berakhir dengan Khalid Samad dicemuh dan di'boo' oleh orang ramai?
Cakap biar serupa bikinlah, encik... takkan awak boleh, orang lain pulak tak boleh.
Paling menarik apabila artikel berkenaan turut mengaitkan tragedi 13 Mei 1969 sebagai konspirasi tahap tertinggi apabila Perikatan pada waktu itu, kalah dalam banyak kerusi. Malah turut mengaitkan tindakan Tun Dr. Mahathir menguatkuasakan ISA ketika kemelut UMNO yang menyaksikan wujudnya sebuah entiti baru berjenama Semangat 46.
Tidakkah Khalid Samad dan Mahfuz Omar merupakan antara penyokong kuat Gempar 16 September yang merupakan Projek Jenin Anwar Ibrahim yang ketika itu SEDANG KETAKUTAN apabila Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis yang dia telah diliwat oleh Anwar ketika menjadi coffee boy Ketua Pembangkang itu? Tidakkah Projek Jenin berkenaan hanya muncul selepas laporan polis dibuat? Dan usaha-usaha untuk menangkap lebih 40 orang Ahli Parlimen Barisan dibuat dengan Khalid dan Mahfuz sendiri begitu bersungguh-sungguh menyokong kebenaran projek berkenaan?
Perang sebenar belum pun berlaku. Pakatan Rakyat juga tidak menampakkan kemajuan yang sangat terkesan untuk menawan lebih banyak kerusi bagi membolehkan mereka menjadi kerajaan. Sebaliknya, Pakatan Rakyat sedang menghadapi keretakan yang jauh lebih teruk berbanding Barisan Nasional sekalipun masing-masing cuba menampal dan memberikan gambaran idealistik tentang Pakatan Rakyat bagi membolehkan para penyokong mereka terus hanyut dalam khayalan....
Memang pemimpin PAS-Erdogan ni, jeninnya mengalahkan Mat Jenin tulen!!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan