30 November 2010

Apa-barang-hadi awang jadi PM....

Hari ini kita semua Semakin jelas bahawa Anwar Ibrahim mempergunakan dan kemudian memperlekehkan PAS secara terang-terangan apabila melantik dirinya sebagai Perdana Menteri dan Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri seandainya Pakatan Rakyat berjaya menggulingkan UMNO-BN pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

Kenyataan Anwar sudah tidak berselindung-selindung lagi. Walaupun sebelum ini, beberapa orang pemimpin PAS cuba menyedapkan hati sendiri dengan mengatakan jawatan Perdana Menteri terbuka kepada mana-mana pemimpin dalam Pakatan Rakyat atau dengan kata lain, mana-mana tokoh yang mempunyai lebih banyak sokongan selain logistik dan jentera promosi, ternyata Anwar Ibrahim telah menghilangkan keraguan mereka dengan mendabik dadanya sendiri.

Dengan kata lain, pada mata kasar, PAS dan Abdul Hadi Awang sebenarnya tidak bernilai langsung kepada Pakatan Rakyat kecuali jentera promosi, tenaga kerja dan logistik yang dimiliki oleh parti yang ditubuhkan pada tahun 1951 itu. Pada pandangan Anwar, tidak ada seorang tokoh pun di dalam PAS yang layak menjawat jawatan Perdana Menteri melainkan dia seorang sahaja kerana dia pernah berpengalaman sebagai Timbalan Perdana Menteri, pernah terlibat dalam menggubal polisi negara, malah mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh negara luar.

Biarpun kenyataannya itu dilihat bagaikan ingin mengambil hati dan pengaruh undi-undi Cina untuknya, namun hakikatnya, itulah cerminan sebenar PAS di kaki Anwar Ibrahim dan DAP. PAS hanya layak dipergunakan dan digunakan. Tidak lebih daripada itu.

Suatu perkara yang sangat jelas ialah, apabila tiba pilihanraya kelak, Anwar akan mengeluarkan pelbagai janji dan ikrar kepada PAS dan kepimpinan utamanya sebab kekuatan PAS diperlukan untuk menjalankan perang saraf mahupun perang konvensional.

Apa yang berlaku selepas itu jikalau segala perancangannya berjalan lancar ialah, PAS akan dikembirikan, diliwat, ditolak, dihina dan diperlekehkan. PAS pada mata Anwar Ibrahim tidak pernah lebih daripada lebai kampung yang baru belajar pandu kereta Mercedez.

Anwar di dalam UMNO dan Anwar di luar UMNO merupakan orang yang sama. Justeru apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Anwar, tidak pernah berubah semenjak tahun 1982 lalu sehinggalah kini. Sekalipun sekarang dilihat Anwar berbaik-baik dan berdakap-dakapan dengan PAS, hakikatnya Anwar tidak pernah menyukai dan belajar mencintai PAS.

Kerana itulah, dia menjadi PM dan Apek Puaka menjadi timbalannya... Hadi Awang besar kemungkinan menjadi menteri di jabatan perdana menteri merangkap menteri tanpa pejabat!!!!

Adakah PAS sedar atau tidak sekarang ni?sedarlah dan tinggalkan lah PAKATAN yang menjanjikan kehancuran kepada PAS, berdirilah di bumi yang nyata dan pulanglah ke landasan perjuangan PAS yang sebenar demi AGAMA,BANGSA DAN NEGARA....

waallahhualam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan